Monday, 27 October 2014

KARYA-KARYA ORIENTALIS 2

ANTARA KARYA ORIENTALIS YANG BOLEH DIBACA

Menurut Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, karya-karya ini adalah diiktiraf sebagai 
mempunyai kualiti ilmu yang baik dan amat sedikit kelihatan sentimen dengki dan benci terhadap Islam. Sebagai contoh :-

1. Prof T. W Arnold -  The Preaching of Islam




KARYA-KARYA ORIENTALIS

BERIKUT PULA ADALAH NAMA BUKU BAHAYA HASIL KARYA PARA ORIENTALIS DAN YANG TERPENGARUH DENGANNYA:

1. The Encyclopedia Of Islam - 

       Terbitan pertama tahun 1913 hingga 1938 dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Jerman & Perancis. Kemudian ensaiklopedia ini cuba diterjemah ke bahasa Arab sehingga huruf ‘ain. Projek ini terhenti dan para penterjemahnya melakukan kritikan yang banyak terhadap kandungannya hinggalah membawa kepada pindaan sebahagian besar dari isi kandungannya. Terbitan baru tahun 1954 . Diterbitkan dalam 6 jilid, dan kelihatan agak sederhana dalam kebanyakan pendirian terhadap masalah khillafiah, disebabkan ada sedikit campurtangan para ulama dalam kandungannya. Terjemahan sempurna ke dalam bahasa Arab siap dan dikeluarkan pada tahun 1997 dalam 32 jilid.

2. The Encyclopedia Of Britanicca -

        Amat banyak menyeleweng dalam pelbagai bab. Termasuk dalam bab Al-Quran yang telah di jawap oleh Syeikh Prof. Dr Fadhal Hasan Abbas.

3. Majalah ‘The Muslim World'

4. Shorter Encyclopedia Of Islam

5. Encyclopedia Of Religion and Ethics

6. Encyclopedia Of Social Sciences

7. Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee

8. Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir

9. Al-Islam oleh Alfred Geom

10. Deen As-Syiah ( Agama Syiah ) oleh D.M Donaldson

11. Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin

12. Al-Islam dalam Bahasa Perancis oleh Henry Lammens

13. Al-Islam dalam Bahasa Inggeris oleh S.M Zweimer

14. Islam Today oleh A.J Arberry

15. Translation of Quran oleh A.J Arberry

16. Tarikh Mazahib Tafsir Al-Islami (Sejarah Mazhab Tafsir Islam) dalam bahasa Jerman & Arab oleh Goldziher

17. Arabic History oleh Phillip Hitti

18. Majalah Al-Islam - Keluaran Malaysia

19. Jewism In Islam oleh Ibrahim Kashh

20. Qamus Al-Munjid : Dr Mustafa al-Jawad telah memberi komentar bahawa dikenalpasti lebih 324 penyelewengan dalam kamus ini dan kami tidak merujuknya kecuali ketika sangat perlu sahaja, sebagai contoh lihat nama kalimah (الطلقاء) , diterjemahkan sebagai : Mereka yang memasuki Islam secara dipaksa. (Penulis tidak sempat menyemak hal ini)

20. Dan lain2 kitab yang telah disebutkan sebelum ini juga merupakan karya yang terbanyak membuat keraguan terhadap Islam.

SUMBER:

http://zaharuddin.net/politik-&-dakwah/55/214-senarai-orientalis-barat-karya-mereka-a-serangan-terhadap-islam.html

Sunday, 26 October 2014

ORIENTALIS DAN KARYA MEREKA 2

Senarai Nama Para Orientalis Barat Jahat & Karya mereka
Berikut ialah nama Orientalis serta Tajuk Buku (Kebanyakan Tajuk disebut dalam Bahasa Malaysia), Tahun Keluar (Masihi) serta Catatan Ringkas:

Bil
Nama
Tajuk Buku
Catatan
1.
A.J Arberry
- Islam Hari Ini (Islam Today)
- Pendahuluan Sejarah Tasawuf                            - At-Tasawuf
Terjemahan Quran (1948-1950)
-Warga British, sangat memusuhi Islam. Professor di Universiti Cambridge.
-Ramai pelajar Mesir belajar dengannya dalam Pengajian Islam

USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN OLEH ORIENTALIS DALAM MENGKAJI ILMU ISLAM

Usaha-usaha yang dilakukan oleh orientalis dari dahulu hingga sekarang mempunyai banyak bentuk yang serupa dan boleh dirumuskan kepada beberapa perkara:

1. Pengajaran di universiti

2. Pengumpulan manuskrip dan membuat fihris (senarai).

3. Penyuntingan dan penerbitan.

4. Penterjemahan dari bahasa Arab ke bahasa-bahasa Eropah.

5.Penulisan dalam pelbagai bidang pengajian Arab dan islam. Di sini diutarakan penerangan secara ringkas berhubung dengan kegiatan-kegiatan itu.


Saturday, 25 October 2014

TOKOH ORIENTALIS

BIOGRAFI G.H.A. JUYNBOLL

RIWAYAT HIDUP DAN SUMBANGANNYA
Nama lengkapnya adalah Gautier Herald A. Juynboll, lahir di Den Haag Belanda pada tahun 1935 M. Dia hidup dan meyelesaikan kajiannya samapai tahap doctor di Belanda. Perkenalannya dengan kajian hadith sudah bermula sejak awal lagi. semasa memasuki ijazah dasar, dia telah bergabung dengan kelompok kajian kecil (small group) yang mengedit bahagian separuh akhir daripada Concordance et Indices de la Tradition Musulmane, iaitu mulai pertngahan huruf ghayn sehingga akhir.

ORIENTALIS DAN HADITH 2

1) Kajian hadith di kalangan orientalis barat merupakan bahagian dari kajian ketimuran yang telah lama mereka kaji. Mereka menganggap kajian hadith adalah kajian yang sangat penting kerana hadith memberikan informasi mengenai sejarah Arab sebelum islam, sejarah permulaan umat islam, perkembangan literature arab, perkembangan pemikiran islam secara umum dan khasnya perkembangan hokum islam. Mereka juga menyedari bahawa kitab-kitab hadith mengandungi pelbagai aspek yang diyakini dan dipraktikkan dalam kehidupan umat islam sehingga hari ini. sehingga dengan mengkaji hadih mereka akan mengenal selok belok sejarah dan cara pemikiran umat islam.

2) Bidang kajian hadith yang dilakukan oleh orientalis terbahagi kepada dua iaitu kajian pendahuluan dan kajian kritis terhadap hadith.
Kajian pendahuluan ialah kajian awalan dalam usaha menyediakan bahan-bahan dalam kajian hadith. Bentuk kajiannya ialah kajian manuskrip, terjemah, perbuatan indeks untuk menelusuri keberadaan suatu hadith (mu’jam dan fihris) dan bibliografi. Kajian-kajian ini secara umum adalah untuk mempermudah kajian mereka selanjutnya dalam mengkritisi hadith.
Manakala yang dimaksudkan dengan kajian kritis terhadap hadith adalah kajian-kajian yang membincangkan  pelbagai aspek dalam bidang hadith seperti matan, sanad, perawi, pentadwinan hadith dan lain-lain. Kajian ini berbentuk pemikiran yang dipublikasikan sama ada dalam bentuk buku mahupun arikel.

3) Orientalis membezakan istilah hadith dan sunnah. Mengikut mereka hadith adalah berita lisan mengenai nabi, manakala sunnah adalah semua permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan agama dan hukum, sama ada terdapat informasi lisan mengenainya ataupun tidak. [1]

[1]. Arif Chasanul Muna, "Orientalis dan Kajian Sanad: Analisis Terhadap Pendapat G.H.A Juynboll" (PhD Diss., Universiti Malaya, 2008)

ORIENTALIS & HADITH

Ramai kalangan orientalis cuba menilai semula awal munculnya sanad dan mengkritik pentingnya kedudukan hadith di kalangan umat islam generasi awal. Dengan pelbagai pendekatan dan metodologi mereka cuba untuk membuktikan bahawa sanad baru muncul pada masa belakangan dan hadit-hadith yang terkumpul dalam kitab-kitab hadith yang mu’tabar sebenarnya bukanlah perkataan Nabi, melainkan pendapat para tokoh islam yang dinisbatkan kepada Nabi.

JENIS KUMPULAN ORIENTALIS

1) Kumpulan pengkaji yang suka mencari kisah ganjil, pelik dan dongeng. Jenis ini banyak mereka cipta kisah bohong & fitnah terhadap Islam. Muncul dengan pesat di awal kemunculan gerakan Orientalis, bagaimanapun semakin berkurangan dari masa ke semasa.

Monday, 6 October 2014

ORIENTALIS DAN KARYA MEREKA



BIL
JUDUL BUKU
PENGARANG
1
Study Of History                                  
   
Arnold Tonybee

















PERANAN ORIENTALIS DALAM BIDANG HADITH

    Walaupun kita mengetahui, terdapat orientalis berniat jahat untuk menjatuhkan Islam dengan menimbulkan keraguan dan kekeliruan pada umat Islam, namun kita tidak seharusnya melupai jasa dan peranan sebahagian orientalis terhadap perkembangan pengajian hadith.  Hal ini kerana, terdapat juga kalangan mereka yang menjalankan kajian dan penyelidikan dengan tulus. Mereka menghabiskan masa semata-mata untuk membuat kajian terhadap ilmu Islam yang terbukti bagi mereka mempunyai nilai kebenaran dan ketamadunan yang tinggi dan unggul. Ini terbukti melalui beberapa hasil kajian dan tulisan mereka yang telah memberikan manfaat dan sumbangan yang besar kepada perkembangan pengajian hadith khasnya dan perkembangan Islam amnya. Bukan sahaja para penuntut, malah para ulama pun turut mendapat manfaat daripada hasil kajian dan tulisan mereka.