Orientalism terdiri daripada cantuman dua patah perkataan iaitu ‘oriental’ dan ‘ism’. Oriental bererti
ketimuran manakala isme pula adalah kata penyambung yang
menunjukkan kepada satu kefahaman, ajaran, sistem, sikap dan sebagainya. Jadi,
orientalisme bolehlah diertikan sebagai satu kefahaman ataupun ajaran yang
bersifat ketimuran.(1) Orientalis pula dirujukkan kepada orang-orang barat
yang mengkaji ilmu ketimuran seperti bahasa, sastera, tamadun dan agama.
Dengan kata lain, orientalisme dalam konteks yang lebih umum merupakan satu
kajian yang dilakukan oleh orang Barat mengenai khazanah dan warisan ketimuran
atau satu cara pemikiran dan ekspresi tentang Timur (An Eastern mode of
thought of expression). Jadi, yang menjadi fokus di sini ialah Timur
atau ketimuran.
Sebenarnya terdapat banyak definisi yang berhubung dengan orientalisme. Bagi
Professor Edward W. Said pula, orientalisme didefinisikan sebagai suatu ilmu
yang meletakkan asal-usul Timur pada suatu kelas atau tempat untuk dikaji,
dijatuhkan hukuman dan seterusnya dikuasai. Seorang sarjana Turki, Abdul Haq
Adnan Adivar melalui bukunya Turkish Account of Orientalism menyatakan, “Orientalism
is an organic whole which is composed of the knowledge derived from the
original sources concerning the language, religion, culture, history,
geography, ethnography, literature and arts of the orient.”
Tetapi dalam dunia Islam, tamadun dan selok belok
agama Islam yang meliputi bahasa Arab, al-Quran, hadith, sejarah, sastera dan
lain-lain. Di samping, agama Islam, apa-apa jua yang berkaitan dengan ketimuran
tanpa mengira agama, budaya, adat resam, sejarah dan sebagainya akan dikaji dan
diselidiki oleh orang Barat, terutamanya selepas mereka berjaya melebarkan
pengaruh dan kuasa mereka ke sebelah timur sekitar Abad 18 Masihi. Bahan dari
timur yang diperoleh melalui penjajahan dikaji secara mendalam sebelum mereka
menganalisisnya secara subjektif mengikut metode ciptaan mereka sendiri.
Walaupun begitu, kajian terhadap Islam tetap menjadi fokus utama orientalis
sehingga hari ini kerana kelahiran orientalis berasaskan faktor agama dan
politik.
RUJUKAN:
(1) Norasikin B Baharuddin, Orientalis: Sejarah Kemunculan Dan Pandangnnya Terhadap Islam Di Nusantara, (Kertas Kerja Projek, Universiti Malaya, 2000), 2.
(2) Ishak Haji Suliaman, Autoriti hadis : menangani gerakan antihadis.
Penerbit Universiti Malaya: Kuala Lumpur, 2007. 126
No comments:
Post a Comment