Al-istisyraq (orientalisme) ialah ilmu timur atau ilmu yang
berhubung dengan dunia timur. Perkataan mustasyriq dengan makna yang umum
digunakan kepada setiap orang barat yang pakar dalam mengkaji ilmu timur sama
ada kepakarannya itu sudah sampai kemuncak atau pertengahan, ataupun yang
rendah sekali di dalam bidang Bahasa, sastera, tamadun dan agama.
Sebahagian daripada ahli sejarah lain pula beranggapan bahawa orientalisme dimulai pada abad ke-12 seperti pendapat yang dikemukakan oleh Rudi Paret dan Gustaf Doga. Rudi Paret dalam bukunya “The Study of Arabic and Islam at German Universities” menyatakan bahawa orientalisme bermula pada tahun 1143M iaitu setelah al-Quran diterjemahkan ke Bahasa Latin oleh Robert of Retina dan Herman of Dalmatia. Ada pendapat lain menyatakan bahawa orientalisme ini bermula sejak abad ke-12 selepas berlakunya perang Salib (1098M-1295M) di antara orang Islam dengan orang Barat. Pendapat ini ditentang oleh ahli sejarah sebagaimana yang dikemukakan oleh Muhammad Abdul Fattah 'ilyan dalam bukunya “Uda ‘ala al-Istisyraq”. Menurut mereka orientalisme ini bermula ketika serangan perancis ke atas Mesir dan lain-lain negara Timur pada tahun 1798M. Dalam serangan itu, mereka telah membawa sebilangan besar orientalis yang kemudiannya telah mengkaji berbagai ilmu pengetahuan dari Negara-negara Timur. Golongan orientalis ini telah melakukan pelbagai kajian dan kajian itu sebanyak 23 jilid besar yang berkaitan tentang Egyptologi, telah berjaya dihasilkan. Egyptologi ini menerangkan segala peradaban Mesir, dilihat dari sudut sejarah, adat istiadat, agama, bahasa kesusasteraan, politik, ekonomi dan sebagainya. Usaha yang dilakukan oleh Perancis ini mendapat perhatian ramai dan kemudian ditiru oleh Belanda dan Inggeris yang lebih bersemangat untuk menjajah negara asing (imperialisme). Perkara ini merupakan ciri utama orientalisme yang sememangnya bermatlamat untuk menguasai segala kepantingan dunia timur di samping mengkaji dan mendalami Islam itu sendiri. Dunia Eropah ketika itu masih dalam keadaan tidur sedangkan dunia timur itu telah selesai atau hampir selesai dari perjuangan yang lama untuk ilmu pengetahuan dan kebudayaan. Menurut satu riwayat lain, orientalis itu lahir pada zaman kegemilangan kerajaan Islam di Sepanyol pada abad ke-10. Ramai di kalangan orang-orang Barat telah tertumpu ke Sepanyol khususnya di Cordova untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam disamping menterjemahkan al-Quran dan kitab-kitab Arab ke dalam Bahasa mereka sendiri. Antara mereka yang terlibat ialah Jebert de’ Orliac iaitu seorang pendeta Perancis yang kemudiannya terpilih menjadi Pope Rome Katholik pada tahun 999M. Diikuti oleh Perrele Aenere (1092M-1156M) dan Gerard de’ Gremore (1114M-1187M). Mereka telah pulang ke tanah air masing-masing dan mula mengajar Bahasa Arab dan kebudayaannya. Buku-buka Bahasa Arab ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin. Antaranya ialah “al-Magest of Ptolemy” dan “Qanun Ibn Sina” yang diterjemahkan oleh Gerard de’ Gremona. Pada masa yang sama, Robert of Chester (Retina) yang terkenal pada pertengahan kurun ke-12M telah menterjemahkan “al-Khawarizmiy al-Jabr wa al-Muqabalah” ke dalam Bahasa Latin bersama-sama Herman of Dalmaia pada tahun 1141M. Di Eropah buku-buku tersebut telah menjadi sumber rujukan yang utama sehingga kira-kira 6 abad lamanya. Terdapat juga buku-buku perubatan yang diterjemahkan daripada Bahasa arab ke Bahasa Latin. Ianya bermula ketika ubat-ubatan yang berasal dari timur diperkenalkan di Itali Utara disebuah kota yang bernama Salerno. Di kota inilah didirikan sebuah rumah sakit yang cara perubatannya berpandukan buku-buku yang diterjemahkan ini. Aktiviti-aktiviti golongan orientalis ini telah mengalami proses perkembangan dari tahun ke tahun sehinggalah sampai ke peringkat kepesatannya setelah kekalahan tentera Kristian dalam peperangan Salib (1098M-1295M). Akibat daripada kekalahan ini mereka telah sedaya-upaya mengkaji buku-buku islam dan kebudayaan Arab dengan tujuan untuk mencari titik kelemahan umat islam suapaya mudah dikalahkan dan mengkaji kekuatan mereka agar senang dilemahkan. Kemunculan golongan orientalis adalah disebabkan oleh pertembungan peradaban Islam dan peradaban Kristian di Sepanyol dan Sicilia. Manakala Perang Salib pula merupakan suatu motivasi yang paling kuat bagi bangsa Eropah Kristian untuk mempelajari Islam dan segala hal yang bersangkutan dengannya. Oleh yang demikian tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sejarah kemunculan orientalis adalah bersamaan dengan sejarah perkembangan antara dunia Kristian (barat) dengan dunia Islam (Timur) sebagai agama dan ideologi pada abad pertengahan. Pertembungan ini, di samping kekalahan mereka dalam Perang Salib, ia juga telah menimbulkan bibit-bibit kebencian dan rasa permusuhan yang amat sangat terhadap umat Islam. Malah mereka sentiasa bercita-cita dan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mengalahkan umat islam. Maka semenjak itu, terdapat orang-orang barat yang sentiasa mempelajari Islam dan Bahasa Arab serta menterjemahkan al-Quran, buku-buku ilmiah yang berbahasa Arab dan kesusasteraan Arab hingga menjelang abad ke-18, iaitu ketika orang-orang barat mulai menjajah dunia Islam serta menguasai hak milik kaum muslimin. Pada masa itu sarjana barat mulai mendalami masalah-masalah timur, seterusnya menerbitkan beberapa majalah mengenai ketimuran disegenap barat. Perkembangan orientalisme juga turut dibantu oleh gereja-gereja Kristian, malah kebanyakkan daripada para orientalis sendiri merupakan paderi-paderi dan aktivis Kristian yang amat memusuhi Islam. Justeru itu banyak aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh para orientalis ini khususnya dalam abad-16 mempunyai persamaan dengan gerakan missionary Kristian. Jika tidak pun, aktiviti-aktiviti mereka ini sentiasa diberi perhatian oleh pihak gereja. Bahkan mengikut satu riwayat, Pope Rome sendiri telah memberikan sokongan kepada penganut-penganut Kristian supaya lebih menaruh perhatian terhadap pengajaran Bahasa Timur dan melancarkan lagi usaha Kristianisasi. Di sini jelaslah bahawa kerjasama yang wujud di antara orientalis dan missionary Kristian merupakan antara faktor penting dalam menentukan perkembangan aktiviti orientalisme ini. Hal ini tidaklah menghairankan kerana tujuan kedua-duanya adalah sama, iaitu untuk menghancurkan Islam. Malah boleh dikatakan bahawa sumpah setia di antara kedua-dua pihak tetap dipertahankan sehingga sekarang dan untuk seterusnya. Selain daripada itu, usaha-usaha penjajahan barat ke atas Negara-negara timur terutama di sekitar abad ke-17 dan ke-18 juga turut sama memainkan peranan penting dan bererti dalam hal ini. Dengan adanya usaha orientalisme, ia berkeupayaan untuk menguatkan kedudukan mereka di timur sehingga pada akhirnya, mereka berjaya meraih kemajuan besar termasuk di dalam ekspidisi penjajahan barat di Timur. Sejarah perkembangan orientalisme semakin jelas kelihatan pada dekad terakhir abad ke-19 apabila para orientalis mengadakan kongres pertama mereka diperancis pada tahun 1873. Dalam kongres ini, mereka telah membincangkan pelbagai perkara mengenai hal ketimuran termasuklah strategi dan cara pelaksanaan yang berkesan untuk menyebarkan pandangan mereka. Kongres seperti ini masih terus diadakan hingga ke hari ini. Abad-19 dan 20 merupakan zaman keemasan bagi aktivis orientalis. Ditambah pula dengan adanya usaha menerbitkan buku-buku dan majalah secara khusus yang membincangkan hal-hal berkaitan dengan dunia timur. Pada masa ini jugalah, orientalis telah berubah menjadi satu disiplin ilmu yang tidak terikat sepenuhnya dengan pengaruh gereja. Dalam hal ini Rudi Parel menyatakan:“sesungguhnya dalam studi yang kami lakukan, kami tidak menerima begitu saja segala penilaian yang dibuat, malah kami berusaha mendapatkan kebenaran yang hakiki. " Dalam keterangan di atas, jelaslah bahawa orientalisme didominasi oleh gereja. Ia menjadikannya sebagai salah satu disiplin ilmu yang tersendiri. Meskipun ianya tidak lagi dibantu oleh gereja pada masa kini, namun aktiviti yang dijalankan dan kemajuan yang dicapai tetap memberangsangkan.[2]
SUMBER:[1]. Dr. Mahmud Hamdi Zaqzuq, Orientalisme : Kesan Pemikirannya Terhadap Tamadun Islam ( Kuala Lumpur: Nurin Interprise,1989)1-2.[2]. Norasyikin Baharuddin, "Orientalis: Sejarah Kemunculannya dan Pandangannya terhadap Islam di Nusantara" (BA Diss,.Universiti Malaya,2000).

Penulisan yang sangat menarik dan patut dibaca oleh semua Islam. Terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteterbaikkk sangat menepati kriteria dengan tajuk
ReplyDelete