Saturday, 25 October 2014

ORIENTALIS DAN HADITH 2

1) Kajian hadith di kalangan orientalis barat merupakan bahagian dari kajian ketimuran yang telah lama mereka kaji. Mereka menganggap kajian hadith adalah kajian yang sangat penting kerana hadith memberikan informasi mengenai sejarah Arab sebelum islam, sejarah permulaan umat islam, perkembangan literature arab, perkembangan pemikiran islam secara umum dan khasnya perkembangan hokum islam. Mereka juga menyedari bahawa kitab-kitab hadith mengandungi pelbagai aspek yang diyakini dan dipraktikkan dalam kehidupan umat islam sehingga hari ini. sehingga dengan mengkaji hadih mereka akan mengenal selok belok sejarah dan cara pemikiran umat islam.

2) Bidang kajian hadith yang dilakukan oleh orientalis terbahagi kepada dua iaitu kajian pendahuluan dan kajian kritis terhadap hadith.
Kajian pendahuluan ialah kajian awalan dalam usaha menyediakan bahan-bahan dalam kajian hadith. Bentuk kajiannya ialah kajian manuskrip, terjemah, perbuatan indeks untuk menelusuri keberadaan suatu hadith (mu’jam dan fihris) dan bibliografi. Kajian-kajian ini secara umum adalah untuk mempermudah kajian mereka selanjutnya dalam mengkritisi hadith.
Manakala yang dimaksudkan dengan kajian kritis terhadap hadith adalah kajian-kajian yang membincangkan  pelbagai aspek dalam bidang hadith seperti matan, sanad, perawi, pentadwinan hadith dan lain-lain. Kajian ini berbentuk pemikiran yang dipublikasikan sama ada dalam bentuk buku mahupun arikel.

3) Orientalis membezakan istilah hadith dan sunnah. Mengikut mereka hadith adalah berita lisan mengenai nabi, manakala sunnah adalah semua permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan agama dan hukum, sama ada terdapat informasi lisan mengenainya ataupun tidak. [1]

[1]. Arif Chasanul Muna, "Orientalis dan Kajian Sanad: Analisis Terhadap Pendapat G.H.A Juynboll" (PhD Diss., Universiti Malaya, 2008)

No comments:

Post a Comment