BIOGRAFI G.H.A. JUYNBOLL
RIWAYAT HIDUP DAN SUMBANGANNYA
Nama lengkapnya adalah Gautier
Herald A. Juynboll, lahir di Den Haag Belanda pada tahun 1935 M. Dia hidup dan
meyelesaikan kajiannya samapai tahap doctor di Belanda. Perkenalannya dengan
kajian hadith sudah bermula sejak awal lagi. semasa memasuki ijazah dasar, dia
telah bergabung dengan kelompok kajian kecil (small group) yang mengedit
bahagian separuh akhir daripada Concordance et Indices de la Tradition
Musulmane, iaitu mulai pertngahan huruf ghayn sehingga akhir.
Gelaran doktornya diperoleh
daripada Universiti Leiden Belanda pada tahun 1969 dengan disertasi bertajuk
The authenticity of the tradition literature: discussions in modern Egypt.
Penyelidikan-penyelidikan Juynboll semenjak separuh kedua tahun tujuh puluhan
lebih terfokus kepada penyelidikan sanad dan rijal. Penterjemahannya atas
Muqaddiamah Sahih Muslim boleh dianggap sebagai awal keseriusannya dalam bidang
hadith. Sebagaimana pengakuannya sendiri usaha penterjemahannya itu menyebabkan
dia berusaha keras untuk mengenali dan menyelidiki nama-nama perawi yang
terdapat dalam kitab itu dan semenjak itu beliau mula tertarik dengan kitab
rijal. Mulai penterjemahan ini pula, beliau mulai menyelidiki awal mula
kemunculan sanad dan hadih dan mengaitkannya dengan kemunculan al-fitnah dan
al-bid’ah. Hasil terjemahannya diterbitkan dlam Jurnal Jerusalem Studies in
Arabica and Islam, vol 4, tahun 1984.[1]
Antara karya-karya beliau:
Antara karya-karya beliau:
[1]. Arif Chasanul Muna, "Orientalis dan Kajian Sanad: Analisis Terhadap Pendapat G.H.A Juynboll" (PhD Diss., Universiti Malaya, 2008)
No comments:
Post a Comment