Sunday, 26 October 2014

USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN OLEH ORIENTALIS DALAM MENGKAJI ILMU ISLAM

Usaha-usaha yang dilakukan oleh orientalis dari dahulu hingga sekarang mempunyai banyak bentuk yang serupa dan boleh dirumuskan kepada beberapa perkara:

1. Pengajaran di universiti

2. Pengumpulan manuskrip dan membuat fihris (senarai).

3. Penyuntingan dan penerbitan.

4. Penterjemahan dari bahasa Arab ke bahasa-bahasa Eropah.

5.Penulisan dalam pelbagai bidang pengajian Arab dan islam. Di sini diutarakan penerangan secara ringkas berhubung dengan kegiatan-kegiatan itu.



1) Pengajaran di Universiti

Hampir setiap universiti di Eropah dan Amerika mempunyai institut khas bagi pengkajian Islam dan bahasa Arab, bahkan di setengah-setengah universiti terdapat lebih daripada satu institut bagi orientalis seperti Universiti Munich yang mempunyai institut Bahasa Sam, Institut Pengajian Islam dan Institut Sejarah dan Tamadun Timur Tengah. ia berperanan mengajar penuntut menguasai pengajaran bahasa Arab, dan mengeluarkan penuntut-penuntut di peringkat Ijazah Lanjutan bagi mereka yang ingin menjawat jawatan di bidang orientalisme akademik atau bidang-bidang yang lain seperti diplomatik, atau di pusat-pusat kajian yang berhubung dengan Timur dan lain-lain jawatan yang ada kaitannya dengan Timur.

Setiap institut mempunyai perpustakaan yang penh dengan buku-buku Arab dan Islam yang membrikan perkhidmatan yang sepenuhnya kepada penuntut-penuntut dan pengkaji-pengkaji.

2. Pengumpulan Manuskrip Arab

Sejak zaman dahulu lagi orientalis begitu mengambil berat tentang pengumpulan manuskrip Arab dari setiap tempat negara-negara Islam. manuskrip ini mempunyai nilai yang tinggi dalam berbagai bidang ilmu. pemerintah Eropah telah mewajibkan pedagang-pedagang yang berurusan dengan dunia Timur supaya membawa balik bersama dagangan mereka manuskrip-manuskrip dari sana. Timbunan manuskrip yang banyak telah dapat diseludup dari dunia Timur. Ini adalah untuk bertujuan untuk memudahkan dan mengembangkan pengajian bahasa Arab di Eropah.

3. Penyuntingan dan Penerbitan

Usaha orientalis tidak hanya sekadar mengumpul dan menyenaraikan manuskrip malah menyunting dan menerbitkan. Mereka telah menyunting banyak kitab-kitab yang menjadi warisan (turath) dan telah membandingkannya dengan naskhah-naskhah yang lain serta meneliti perbezaan yang ada dengan memilih yang paling asli dan betul. Kemudian ditambah pula denga senarai abjad bagi tajuk dan nama orang dan diletakkan pada bahagian terakhir kitab yang diterbitkannya itu, dan dalam setengahnya mereka mensyarahkan kitab-kitab itu. 

4. Penterjemahan

Usaha ini tidak hanya setakat memerlukan teks-teks Arab sahaja bahkan usaha mentrjemahkan juga dilakukan, ratusan kitab Arab dan Islam telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah. Antaranya 

ialah Diwan Shi'r al-Mu'allaqat, Tarikh Abi al-Fida', Tarikh al-Tabariy, Muruj al-Dhahab oleh al-Mas'udiy, Tarikh al-Mamalik oleh al-Maqrizi, Tarikh al-Khulafa' oleh al-Sayutiy, al-Ihya' dan al-Munqidh oleh al-Ghazaliy, dan ratusan lagi kitab-kitab sasatera, tawarikh dan Islam, disamping penterjemahan-penterjemahan yang dilakukan pada kurun pertengahan dalam bidang falsafah, perubatan, falak dan lain-lain lagi.

5. Penulisan

Bilangan penulisan yang dihasilkan oleh orientalis-orientalis berhubung dengan pengkajian bahasa Arab dan Islam dalam masa satu kurun setengah iaitu sejak awal kurun ke-19 hingga pertengahan kurun ke-20 ada sebanyak 600000 judul buku. [1]


[1]. Dr. Mahmud Hamdi Zaqzuq, Orientalisme : Kesan Pemikirannya Terhadap Tamadun Islam ( Kuala Lumpur: Nurin Interprise,1989) 34-40.





No comments:

Post a Comment