Saturday, 25 October 2014

ORIENTALIS & HADITH

Ramai kalangan orientalis cuba menilai semula awal munculnya sanad dan mengkritik pentingnya kedudukan hadith di kalangan umat islam generasi awal. Dengan pelbagai pendekatan dan metodologi mereka cuba untuk membuktikan bahawa sanad baru muncul pada masa belakangan dan hadit-hadith yang terkumpul dalam kitab-kitab hadith yang mu’tabar sebenarnya bukanlah perkataan Nabi, melainkan pendapat para tokoh islam yang dinisbatkan kepada Nabi.
Setakat ini ramai para orientalis yang melakukan kajian atas hadith terutama dari segi keaslian dan keautentikannya. Kajian orientalis lebih menekankan kepada segi dating of particular hadith (penetapan masa munculnya suatu hadith) iaitu dengan menfokuskan kepada pertanyaan siapa yang bertanggungjawab untuk pertama kalinya menyebarkan suatu hadith, bila dan di mana. Kajian mereka tidak hanya terhad pada hadith-hadith mawdu’ sahaja, hadith-hadith sahih dan hasan pun mereka kritik dengan pendekatan mereka tersebut. Hal ini kerana, pendekatan utama mereka dalam mengkaji hadith adalah sceptial approach, sehingga mereka tidak mempercayai bahawa hadith-hadith yang terkumpul dalam kitab-kitab hadith adalah memang benar perkataan Nabi Muhammad SAW.

Secara umum terdapat dua pendekatan yang di guna pakai dalam kajian mereka. Pertama adalah pendekatan yang menfokuskan kajian kepada matan hadith, sebagaimana yang dilakukan oleh Ignaz Goldziher dan Marston Speight; dan kedua adalah pendekatan yang tertumpu kepada penhujahan rangkaian sanad atau perawi, seperti yang dpraktikkan oleh Joseph Schacht dan G.H.A. Juynboll. Pendekatan kedua ini kemudian sering disebut dengan “isnad-analytical study”. [1]

[1]. Arif Chasanul Muna, "Orientalis dan Kajian Sanad: Analisis Terhadap Pendapat G.H.A Juynboll" (PhD Diss., Universiti Malaya, 2008)

No comments:

Post a Comment